Monday, March 15, 2010

Penternak Keli Berpotensi



Makanan ikan yang dirumus sendiri


Percikan air yang memberi sumber oksijen tambahan kepada ikan


Diantara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat makanan ikan


Nama : Sulaiman bin Mohamad
No. Ahli : 2220 / Unit Titi Panjang

Bermula sebagai pengusaha bengkel kereta, kini En. Sulaiman berjinak-jinak dengan perusahaan menternak ikan keli dalam kenvas anjuran PPK. Melihat cara beliau menguruskan dan mengendalikan ternakan tersebut ada harapan bahawa projek ini akan berkembang dan akan menyumbang pendapatan sampingan pada jangka masa panjang dan seterusnya boleh membantu rakan-rakan penternak yang lain.

Disamping menerapkan teknologi baru dalam penternakan, beliau juga sangat inovatif kerana mencipta sendiri sistem pancuran air untuk membekalkan oksijen tambahan yang sangat penting untuk ikan.

Memandangkan harga makanan ikan yang begitu mahal beliau telah mengambil inisiatif untuk merumus makanan ikan sendiri yang mempunyai lebih protin daripada makanan yang ada dipasaran terbuka. Jika ada peluang beliau berhasrat untuk menkormesilkan perusahaan ini dan akan meminta pihak PPK menjadi outlet kepada pasaran dalaman dan luar.

Wednesday, March 10, 2010

Pengusaha Herba Tradisional & Minuman Kordial



Nama : Mohd Yusof b. Ismail
No. Ahli : 1667
Unit : Alor Tok Chik

Beliau menjalankan aktiviti ini bersama keluarga dan bercadang ingin membesarkan perniagaannya ketahap yang lebih menyakinkan.Telah pun mengikuti siri kursus anjuran agensi-agensi kerajaan dan swasta dan berhasrat untuk mendapatkan bantuan pembiayaan terutamanya dalam mendirikan kilang mini untuk memproses produknya.

Monday, March 8, 2010

Usahawan Kopi Campuran



Nama : Md. Zuki b. Bahari
Nombor Ahli : 2214
Unit Peladang : Wang Perah.

Seorang usahawan muda yang aktif dan berpotensi. Berhasrat untuk mengembangkan projek sedia ada. Lain-lain projek yang dilaksanakan adalah tanaman nenas dan kerja-kerja kontrak. Sedang mencuba menternak ikan petutu sebagai projek sampingan. Seringkali menyertai program-program anjuran PPK dan lain-lain agensi bagi mempromosikan produknya.

Monday, April 20, 2009

Produk Sambal Belacan & Kerabu ( G-Tra )


Produk G-Tra ketika mengambil bahagian dalam program pameran dan jualan
sempena Hari Bertemu Pelanggan MOA prkt N. Kedah



Siapa menyangka resepi pembuka selesa bagi kita masyarakat Malaysia khususnya orang melayu kini berada dipasaran dengan packing yang cukup menawan dan mempunyai citarasa yang tersendiri. Produk 'Sambal Belacan' segera ini adalah hasil inovatif yang cukup istimewa oleh Puan Dahlia bt. Sulaiman ( Ahli No. 2094 / Unit Titi Panjang-Asun) bersama ahli keluarganya. Produk hasil usaha syarikat keluarga ini telah bermula 2007 dan mempunyai kilangnya sendiri di Pekan Tanah Merah, Bandar Darulaman Jitra, Kedah. Telah mendapat sambutan yang cukup baik dikalangan masyarakat tempatan dan telah menembusi pasaran negara Brunei Darulsalam.

Produk ini begitu unik kerana sesiapa yang telah mencubanya pasti akan teringat masakan ibu dikampong, dan kepada perantau pula tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan lesung batu dan bahan-bahan kerana semuanya telah tersedia dalam keadaan segera dan citarasa yang asli.

Beliau dalam pada itu juga berharap supaya jalinan kerjasama pintar dapat diadakan dikalangan rakan-rakan usahawan lain untuk membekal bahan mentah kepada beliau.

Beliau juga mengusahakan produk krisek kelapa dibawah pembiayaan Skim Usahawan Peladang LPP yang sekali gus menjana produk sampingan syarikat dan keperluan pengguna-pengguna tempatan.

Wednesday, April 15, 2009

Yaakub b. Ahmad - Penternak Ikan Keli

Nama : Yaakub b. Ahmad
No. Ahli : 1931
Unit : Kampong Malau

Dahulunya beliau bekerja sebagai pemandu, memandangkan minat yang mendalam dan mempunyai kawasan yang sesuai beliau telah berbincang dengan pegawai PPK untuk melaksanakan projek ternakan ikan keli. Projek beliau telah berkembang dengan baik walaubagaimanapun beliau menghadapi sedikit masalah untuk mendapatkan makanan untuk ternakannya memandangkan ketika ini bekalan diperolehi diluar kawasan.

Wednesday, May 23, 2007

PROJEK TANAMAN JAGUNG MANIS

Saudara Nordin salah seorang peserta projek tanaman jagung



Keunikan pokok jagung yang mempunyai
3 tungkol jagung sepokok dalam keadaan subur


Kaedah menyemai benih jagung kedalam tray
terlebih dahulu bertujuan untuk mendapatkan
keseragaman tumbesaran