Wednesday, May 23, 2007

PROJEK TANAMAN JAGUNG MANIS

Saudara Nordin salah seorang peserta projek tanaman jagung



Keunikan pokok jagung yang mempunyai
3 tungkol jagung sepokok dalam keadaan subur


Kaedah menyemai benih jagung kedalam tray
terlebih dahulu bertujuan untuk mendapatkan
keseragaman tumbesaran

Saturday, February 10, 2007

Produk Industri Kecil

Kueh Bahulu


Nata De Coco


Sepat Ronggeng Kering

Ikan Pekasam

Kueh Tiram

Tuesday, February 6, 2007

Puan Pah bt. Hassan - Penternak Kambing


Nama : Puan Pah bt. Hassan
No. Ahli : 1851
Unit Peladang : Kampong Bukit

Latarbelakang :

Sebagai seorang surirumah yang mempunyai banyak masa terluang kerana anak-anak yang sudah membesar beliau menggunakan kesempatan ini untuk menerokai bidang ternakan yang sememangnya telah menjadi hobi beliau dari dulu lagi. Berbekalkan sedikit modal diperingkat permulaan beliau bersama suami telah menafaatkan ruang yang ada dibelakang rumah untuk menternak kambing baka Jamnapari. Beliau telah dipilih sebagai salah seorang peserta Pembangunan Usahawan Peladang untuk menerima pinjaman membesarkan projek beliau. Dengan berkat usaha berterusan beliau dan suami ternakan beliau telah meningkat dari masa kesemasa dan kini terpaksa mencari jalan untuk membina reban baru. Oleh kerana penjagaan yang sempurna beliau bercadang untuk menjadi pengeluar baka pejantan kepada penternak-penternak baru.

Encik Mohd Rejab b. Said - Pengusaha Tanaman Sayuran dan Kontan



Nama : Mohd Rejab b. Said
No. Ahli : 1713
Unit Peladang : Kampong Bemban

Latarbelakang :

Salah seorang usahawan tani yang masih bergiat aktif dalam bidang pertanian di PPK Asun an. Beliau mengusahakan tanaman sayur-sayuran seperti kacang panjang, timun, bendir, terung dan lain-lain ditapak seluas hampir 10 relung disini sejak lebih 6 tahun lalu.

Beliau juga mengusahakan tanaman jagung manis dan telah terpilih sebagai salah seorang peserta Peruntukan Projek Pembangunan 2006 oleh pihak LPP.

Pernah menganggotai barisan AJP PPK Asun sebagai AJP Lantikan Menteri, dan bergiat aktif sebagai pemimpin belia suatu ketika dulu. Berdasarkan pengalaman yang ada beliau sangat sesuai dijadikan mentor kepada golongan pelapis usahawan-usahawan tani.

Ketika ditanya beliau berpendapat golongan belia harus menafaatkan peluang yang diberi oleh pihak kerajaan dalam bidang pertanian kerana masadepan yang begitu cerah.

Monday, February 5, 2007

Tuan Haji Saad b. Md Amin - Pengusaha Tanaman Limau Bali

Nama : Haji Saad b. Md Amin
No. Ahli : 0587
Unit Peladang : Kampong Bendang Dalam
Latarbelakang :

Seorang petani yang gigih mengusahakan tanaman limau bali sejak tahun 1998, mempunyai lebihkurang 220 pokok dari pelbagai klon dalam kawasan tanaman seluas 1 hektar. Beliau banyak menerima khidmat nasihat teknikal dan pengurusan dari Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan Asun kini mampu tersenyum puas dengan hasil lumayan dari hasil jualan limau bali.
Pada semusim buah beliau mampu mencapai nilai pasaran sebanyak RM4,000.00 ke RM5,000.00 bersih. Buah dijual dengan harga borong dengan kadar RM1.70 / biji dan boleh mencapai kadar harga RM5.00 / biji dengan harga runcit tertakluk kepada saiz.



Beliau juga adalah seorang peserta projek PMAK dibawah kelolaan pihak Lembaga Pertubuhan Peladang.

Disamping limau bali beliau juga mengusahakan tanaman kontan iaitu serai lebih kurang 1,500 rumpun, tanaman pisang dikawasan tanaman getah seluas 2 relung.


Beliau dianggap petani contoh kerana sentiasa mengamalkan 'GAP'
( Amalan Pertanian Baik) dalam kebunnya.

Wednesday, January 24, 2007

Encik Abdul Mutalib Abas - PENGUSAHA TANAMAN LIMAU


Nama Pengusaha : Abdul Mutalib b. Abas
No. Ahli : 1914
Unit Peladang : Kampong Teluk

Latarbelakang :

Beliau adalah pengusaha tanaman Limau Madu seluas lebihkurang 5 relung dengan kapasiti tanaman sebanyak 450 pokok. Lokasi tanaman adalah di Kampong Teluk, Mukim Binjal, Daerah Kubang Pasu. Bernaung dibawah Unit Peladang Teluk, PPK Asun, Jitra, Kedah. Mula mengusahakan tanaman limau madu ini sejak tahun 2002 dimana sebelum ini beliau adalah merupakan penanam sayur secara sepenuh masa sejak tahun 1992 ditapak yang sama. Memperolehi sedikit sebanyak pengalaman dengan mengikuti kursus dan lawatan yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan terbabit dan membuat kajian dan penyelidikan sendiri ketas tanaman limau melalui pengalaman dan bantuan rakan-rakan sealiran. Beliau memasarkan sendiri limau madunya dengan pencapaian pada tahun 2005 melebihi 2.5 tan dengan harga purata RM1.80 - RM2.50 / kilogram.



Beliau juga mengusahakan ternakan ayam kampong ditapak bersebelahan dengan kapasiti ayam melebihi bilangan 100 ekor. Membuat semaian anak getah secara sampingan disamping mempunyai kebun getah dan tanaman padi seperti kelazimannya bagi penduduk kawasan ini.


Dari segi sosialnya beliau adalah merupakan Ketua Kumpulan Peladang Muda Unit Kg. Teluk dan juga menganggotai JKKK Kampong berkenaan. Mempunyai seorang isteri dan 5 orang cahaya mata dimana 4 orang daripadanya telah berjaya ke Menara Gading dan seorang lagi masih meneruskan persekolahan diperingkat rendah.


Beliau bercadang mempertingkatkan prestasi projek limaunya dengan menaik taraf sistem pengairan sediaada dan mengatasi masalah penyakit buah limau dengan lebih berkesan dan berharap pihak yang berkenaan boleh membantu.