Saturday, February 10, 2007

Produk Industri Kecil

Kueh Bahulu


Nata De Coco


Sepat Ronggeng Kering

Ikan Pekasam

Kueh Tiram

Tuesday, February 6, 2007

Puan Pah bt. Hassan - Penternak Kambing


Nama : Puan Pah bt. Hassan
No. Ahli : 1851
Unit Peladang : Kampong Bukit

Latarbelakang :

Sebagai seorang surirumah yang mempunyai banyak masa terluang kerana anak-anak yang sudah membesar beliau menggunakan kesempatan ini untuk menerokai bidang ternakan yang sememangnya telah menjadi hobi beliau dari dulu lagi. Berbekalkan sedikit modal diperingkat permulaan beliau bersama suami telah menafaatkan ruang yang ada dibelakang rumah untuk menternak kambing baka Jamnapari. Beliau telah dipilih sebagai salah seorang peserta Pembangunan Usahawan Peladang untuk menerima pinjaman membesarkan projek beliau. Dengan berkat usaha berterusan beliau dan suami ternakan beliau telah meningkat dari masa kesemasa dan kini terpaksa mencari jalan untuk membina reban baru. Oleh kerana penjagaan yang sempurna beliau bercadang untuk menjadi pengeluar baka pejantan kepada penternak-penternak baru.

Encik Mohd Rejab b. Said - Pengusaha Tanaman Sayuran dan Kontan



Nama : Mohd Rejab b. Said
No. Ahli : 1713
Unit Peladang : Kampong Bemban

Latarbelakang :

Salah seorang usahawan tani yang masih bergiat aktif dalam bidang pertanian di PPK Asun an. Beliau mengusahakan tanaman sayur-sayuran seperti kacang panjang, timun, bendir, terung dan lain-lain ditapak seluas hampir 10 relung disini sejak lebih 6 tahun lalu.

Beliau juga mengusahakan tanaman jagung manis dan telah terpilih sebagai salah seorang peserta Peruntukan Projek Pembangunan 2006 oleh pihak LPP.

Pernah menganggotai barisan AJP PPK Asun sebagai AJP Lantikan Menteri, dan bergiat aktif sebagai pemimpin belia suatu ketika dulu. Berdasarkan pengalaman yang ada beliau sangat sesuai dijadikan mentor kepada golongan pelapis usahawan-usahawan tani.

Ketika ditanya beliau berpendapat golongan belia harus menafaatkan peluang yang diberi oleh pihak kerajaan dalam bidang pertanian kerana masadepan yang begitu cerah.

Monday, February 5, 2007

Tuan Haji Saad b. Md Amin - Pengusaha Tanaman Limau Bali

Nama : Haji Saad b. Md Amin
No. Ahli : 0587
Unit Peladang : Kampong Bendang Dalam
Latarbelakang :

Seorang petani yang gigih mengusahakan tanaman limau bali sejak tahun 1998, mempunyai lebihkurang 220 pokok dari pelbagai klon dalam kawasan tanaman seluas 1 hektar. Beliau banyak menerima khidmat nasihat teknikal dan pengurusan dari Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan Asun kini mampu tersenyum puas dengan hasil lumayan dari hasil jualan limau bali.
Pada semusim buah beliau mampu mencapai nilai pasaran sebanyak RM4,000.00 ke RM5,000.00 bersih. Buah dijual dengan harga borong dengan kadar RM1.70 / biji dan boleh mencapai kadar harga RM5.00 / biji dengan harga runcit tertakluk kepada saiz.



Beliau juga adalah seorang peserta projek PMAK dibawah kelolaan pihak Lembaga Pertubuhan Peladang.

Disamping limau bali beliau juga mengusahakan tanaman kontan iaitu serai lebih kurang 1,500 rumpun, tanaman pisang dikawasan tanaman getah seluas 2 relung.


Beliau dianggap petani contoh kerana sentiasa mengamalkan 'GAP'
( Amalan Pertanian Baik) dalam kebunnya.